speed-up-utorrent
Satu lg cara melajukan utorrent secara optimum yang hanya mengambil masa 5 minit bagi settingnya. Gambar di atas adaah adalah kesan dari setting yang optimum yang telah dibuat pada utorrent (menggunakan versi 1.9 beta!)Amaran keras: Setting utorrent ini boleh memberi kesan kepada penggunaan CPU dan memory oleh utorrent yang lebih aggresive berbanding sebelumnya, dalam maksud lain, cpu dan memory akan lebih kerap digunakan oleh utorrent berbanding sebelumnya. Penggunaan bandwitdh yang banyak untuk download juga akan menyebabkan sedikit ganguan untuk aktiviti web browsing (melayari web). Jadi kalau setting yang dilakukan menyebabkan BSOD “blue screen of death” pada windows, rendahkan sedikit nilai tetapan utorrent. Dinasihatkan penggemar download p2p, utorrent dan share-a-like software menggunakan peerguardian bagi melindungi diri sendiri dari penyamaran pihak ke 3. Mengenai peerguardian ada dibawah …
So, ready to take the heat? Lets get started …
1) Pastikan half-patch open pada windows XP SP 2 dan SP 3 telah dibuat, sebolehnya half-open port melebihi dari nilai 300 < x < 600 .. Penting! Cara untuk membuat patch half-open pada windows terdapat dari link di hujung artikel ini…
2) Port mapping / forwarding pada router pada port yang telah ditetapkan dari utorrent. Cara membuat portforwarding terdapat di hujung artikel ini.
3) Lihat gambar disebelah (click untuk lebih besar). Setkan utorrent seperti gambar disebelah:
- maximum numbers connection per torrent: 500
- global maximum numbers of connection : 500 x jumlah torrent yang aktive.
- number of upload slot per torrent: 8
**Setting ini membolehkan sebanyak 500 sambungan dari seeder dan leecher lain untuk satu torrent. Tetapan asal utorrent untuk nilai ini adalah rendah yang menyebabkan penggunaan utorrent tidak optima. Nilai patch half-open sepatutnya lebih tinggi dari nilai maximum numbers connection per torrent. Restart modem dan pc selesai set nilai utorrent baru dan cuba lihat kesan setting tersebut.
4) Gunakan encryption protokol sekiranya perlu, hanya jika setting diatas tidak memberi kesan, dan cuba lihat kesannya selepas restart applikasi utorrent dan modem.
Selepas melakukan setting di atas, lihat kesan2 perubahan pada graf kelajuan download dan upload utorrent. Sekiranya ianya berkesan, tahniah. Kalau sebaliknya, semak semula setting2 utorrent dan sebolehnya uninstall dahulu dan reinstall utorrent, dan pastikan tips2 melajukan utorrent yang di tulis sebelum ini telah dibaca dan dilakukan.
Bagi yang telah install peerguardian, lihat log allowed connection. Semestinya log tersebut cukup banyak di sebabkan sambungan peer dan seeder oleh utorrent meningkat dan setiap satu saat berkemungkinan terdapat hampir 30-40 connection download dan upload yang berlaku. Kesan dari sambungan yang terlalu banyak boleh menyebabkan windows instability (windows tak stable) yang akhirnya menyebabkan BSOD “Blue Screen Of Death” – skrin biru yang mati -. Kalau terjadi BSOD, restart pc dan rendahkan sedikit sambungan per torrent dan terus experiment dengan nilai tetapan sendiri.
No comments:
Post a Comment