Bermula 19 Mei lalu, Mahkamah Pakistan telah mengharamkan Facebook di Pakistan sehingga 31 Mei sebagai bantahan kepada satu page di Facebook iaitu “Everybody Draw Mohammed Day” atau dalam bahasa Melayunya Hari Melukis Nabi Muhammad. Aktiviti yang diadakan pada 20 Mei lalu di Facebook telah menimbulkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad.
“MillatFacebook helps you connect and share with more than 1.57 Billion Muslims and Sweet people from other Religions.”MillatFacebook dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘Wall’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara.
Keburukan penggunaan Facebook ialah dari segi privasi. Facebook sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi pengguna seperti nama, umur, tempat tinggal dan pekerjaan kepada advertisers (pengiklan-pengiklan). Facebook juga banyak meraih keuntungan melalui iklan-iklan di Facebook. Jika tidak mahu duit dilaburkan kepada pihak Yahudi, sama-sama lah kita sokong MillatFacebook yang dicipta bagi memenuhi keperluan sosial orang Islam terutamanya di Pakistan.
Facebook lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan jika disalahgunakan. Saya sendiri dah join MillatFacebook. Boleh tahan la, lebih kurang macam Facebook je. Sekarang ni, MillatFacebook sedang upgrade server kerana penggunanya kini mencecah 90,000 orang dalam masa beberapa hari je!
No comments:
Post a Comment