7 Cara Untuk Meningkatkan Bilangan Pembaca Blog

 on Tuesday  

Kali ini aku nak kongsi tips sikit tentang cara untuk meningkatkan bilangan pembaca di blog kita. Semoga tips ini dapat membantu blogger-blogger lain.

Isi kandungan blog yang mantap.

Bukan body aje patut mantap, content blog pun mesti mantap. Ini paling penting, kalau apa yang kita tulis mengarut atau terlalu emosional memang tak ke mana blog kita. At the end, blog tu kita sendiri ajelah yang baca. Isi kandungan blog ni kalau boleh kena ikut kehendak dan citarasa pembaca. Kita kena tahu kenapa orang follow blog kita dan siapa supaya kita boleh suaikan dengan kehendak mereka.

Jadi silalah mantapkan  blog anda.

Jadi pemurah.

Ada orang datang blog orang lain untuk cari follower, linkback, pengiklanan percuma dan sebagainya. Macam mana kita nak jadi pemurah? Yang biasa aku buat, aku letakkan link blog orang yang selalu datang sini kat dalam link list. Mungkin sekarang masih ada yang belum letak, insya Allah akan diletakkan nanti. Di samping itu, korang boleh pasang plugin CommentLuv. Jadi sesiapa yang tiggalkan komen pasti akan dapat pengiklanan percuma untuk latest post mereka dan semua link kat situ adalah dofollow. Oleh itu korang dah dapat backlink free dengan meninggalkan komen kat blog yang ada CommentLuv. Bila dah banyak backlink, makin cepat la Google Pagerank anda naik.

Kongsi tips berblogging macam ni pun boleh kira pemurah la kan? :D

Interaksi dengan pembaca anda.

Aku cukup suka dengan pemberi komen kat blog ni dan hampir semua komen di sini aku akan reply. Interaksi ni penting supaya kita dapat beri impresi bahawa kita mendengar suara pembaca. Bukan senang nak dapatkan pembaca, dan lebih susah lagi nak dapatkan pembaca yang sudi meninggalkan pendapat. Oleh itu, mana yang ada, kita hargai.

Menganjurkan pertandingan.

Ini cara paling senang nak dapat pembaca datang blog kita. Memang berdasarkan apa yang aku tengok, banyak blog lain buat.

Memang diakui kalau nak buat pertandingan tu perlukan modal, tapi tak semestinya kita perlu mengeluarkan kesemua modal tersebut. Boleh je kita minta sponsor daripada blog-blog lain yang lebih besar, mungkin sponsor pengiklanan selama sebulan ke, free banner ke atau apa-apa sahaja yang sesuai. Ikut kreativiti anda.

Join komuniti

Berblogging kerana syok sendiri tak akan bawa anda ke mana-mana (kecuali kalau anda Hanis Zalikha). Hanis Zalikha tu tulis blog xpayah reply komen pun beribu orang masih akan baca blog dia kerana dalam dunia nyata dia adalah 'somebody'. Itu hakikat. Jadi ya, kita perlu join komuniti blogging ni untuk dapatkan exposure.

Untuk blog bahasa Malaysia, johanrakyat mencadangkan supaya para blogger semua menyertai GengBlogger – Komuniti Blogger Anda

Kalau Hanis Zalikha join GengBlogger mesti meletup-letup GengBlogger lepas ni.

Social Networking

Social networking yang dimaksudkan adalah seperti Twitter dan Facebook. Memang mudah nak dapatkan trafik setiap kali aku iklankan post baru di Facebook (tetapi untuk pos tertentu sahaja kerana apa yang aku tulis mungkin tidak akan dibaca oleh rakan-rakan di Moscow ni).

Kepada yang masih belum ada Twitter, eloklah buat. Dengan adanya Twitter boleh la berinteraksi dengan blogger lain secara direct. Lebih cepat dan efisyen.

Bersabar

Apa yang diusahakan tak semestinya akan membuahkan hasil pada esok hari dan jangan pula berputus asa. Tetapkan target yang mudah dicapai dahulu, kejar satu persatu dan lama-lama nanti Insya Allah berjaya. Lagi lama kita maintain, reputasi makin lama makin naik. Reputasi adalah sesuatu yang perlu dibina. Jadi bersabarlah, mungkin ambil masa setahun nak capai target, mungkin dua. Perbetulkan mana-mana kekurangan dan lama kelamaan nanti memang dapat capai apa yang kita impikan.

7 Cara Untuk Meningkatkan Bilangan Pembaca Blog 4.5 5 dian Tuesday Kali ini aku nak kongsi tips sikit tentang cara untuk meningkatkan bilangan pembaca di blog kita. Semoga tips ini dapat membantu blogger-bl...


No comments:

Post a Comment

J-Theme