Wibiya Toolbar

 on Monday  

page1_image[1]

Salam pembaca semua, jika anda perasan pada hari ini kami telah membuat sedikit penambahan fungsi baru kepada blog JomPHP, iaitu penambahan toolbar yang boleh anda perhatikan di bahagian bawah blog ini.

Toolbar itu dikenali sebagai wibiya toolbar, dengan beberapa fungsi menarik dengan teknologi ajax. Cukup sesuai dengan blog JomPHP yang mengamalkan penggunaan teknologi yang moden dan cool.

Anda pun boleh gunakan juga wibiya toolbar ini. Boleh guna di wordpress dan blogspot. Jom kita ikuti cara2nya.

Untuk makluman, Wibiya toolbar masih lagi di peringkat open beta, dan untuk mendaftar anda perlulah mendapat invitation dari pihak wibiya. Anda boleh request invitation code di Wibiya.com.

Selepas mendapat invitation code, anda boleh daftar dan login untuk menggunakan wibiya toolbar ini. Proses pemasangannya pula, dead simple. Senang gila tak perlu tahu apa2 coding.

Apa yang menarik mengenai wibiya toolbar?

Semua fungsi wibiya toolbar anda boleh cuba di blog ini, seperti site search, twitter, facebook, live notifications dll.

image

Anda boleh meletakkan banyak fungsi ke dalam toolbar contohnya seperti recent post dan random post kemudian ianya akan dijanakan menggunakan teknologi ajax.

image

Kami juga telah meng-integratekan fan page JomPHP di facebook. Sekiranya anda ingin berinteraksi dengan penulis JomPHP dan juga ingin mencari kenalan baru anda dijemput untuk join komuniti JomPHP@facebook.

image

Anda juga boleh memaparkan twitter stream kepada pengunjung blog anda. Lebih cool dari menggunakan sebarang widget twitter di sidebar. Kepada yang belum follow saya @einztrigger bolehlah berbuat demikian ya.

Lain2 fungsi anda boleh cuba explore seperti yang terdapat di toolbar blog ini.

image

Anda juga boleh customize warna toolbar mengikut kesesuaian theme blog anda. Sungguh bijak developer toolbar ini kerana mengintegrate fungsi toolbar theme biarpun masih lagi di peringkat open beta. Syabas!

Kami harap di masa akan datang lebih banyak fungsi akan ditambah ke dalam wibiya toolbar ini. Kalau ditambah fungsi google friend connect, youtube, serta fungsi social lain tentu lagi menarik kan?

Selamat mencuba

Wibiya Toolbar 4.5 5 dian Monday Salam pembaca semua, jika anda perasan pada hari ini kami telah membuat sedikit penambahan fungsi baru kepada blog JomPHP, iaitu penambahan...


No comments:

Post a Comment

J-Theme