Belajar Menggunakan Joomla Layout dan Modul Template Joomla

 on Sunday  

Tutorial Joomla 1.5 kali ini akan menerangkan tentang Joomla Layout. Apa itu Joomla Layout? Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang Joomla Layout, pastikan anda telah mempunyai laman web Joomla 1.5 terlebih dahulu. Untuk tutorial cara-cara untuk setup Joomla 1.5, sila baca post Install Joomla 1.5 Menggunakan Fantastico dan Secara Manual. OK, Joomla Layout ni boleh dikatakan sebagai peta untuk menentukan setiap kedudukan Modul, artikel, menu dan lain-lain.
Setiap template Joomla adalah berlainan kedudukan Joomla Layout. Di bawah ini aku sediakan screenshot untuk default Joomla Layout. Jika anda baru install Joomla 1.5 secara default mengikut tutorial aku sebelum ni (Install Joomla 1.5), kedudukan layout adalah seperti dibawah:

Rujuk imej diatas untuk setiap penerangan Nombor 1 hingga 10 dibawah
Rujuk imej diatas untuk setiap penerangan Nombor 1 hingga 10 dibawah
Photo Credit: SiteGround.com
Perhatikan imej diatas, ada nombor-nombor untuk setiap kedudukan masing-masing. Aku akan menerangkan tentang kedudukan setiap satu supaya anda lebih memahami tentang Joomla Layout dan bagaimana untuk ubah kedudukannya.
Setiap Joomla template mempunyai Layout yang berlainan. Ini perlu diingat supaya tidak memeningkan kepala. Hee.. Di dalam tutorial ini, imej diatas telah ditandakan dengan nombor 1 hingga 10. Untuk ubah kedudukan setiap satu, anda perlu ke Extensions -> Module Manager. Menu Extensions terdapat di bahagian atas di dalam http://www.domainanda.com/administrator. Anda hanya perlu menukar Position untuk ubah kedudukan. Antara kedudukan yang digunakan di dalam default Joomla template adalah top, user1 hingga user6, left, right, header, footer, breadcrumb dan newsflash.
Aku akan menerangkan nombor-nombor untuk imej diatas. Sila rujuk imej di atas untuk setiap Nombor di bawah supaya tidak memeningkan anda semasa membaca tutorial aku ini. :D

Nombor 1

Di kedudukan ‘top’ merupakan kedudukan untuk ‘Banners’ dan ‘Newsflash’. Kedudukan ini adalah secara default.
Modul Banners memberikan anda kemudahan untuk muat naik gambar (cth: Iklan banner). Anda boleh meletakkan banner Affiliate Program yang anda sertai dan masukkan link affiliate anda untuk gambar di Banners tersebut. Aku pasti, anda tidak mempunyai masalah untuk bahagian memasukkan link tersebut. Untuk edit Banners, anda boleh ke menu Components -> Banners. Sebelum itu, pastikan modul Banners anda telah pun di-publish di menu Extensions -> Module Manager.
Antara kegunaan modul Newsflash adalah untuk paparkan artikel secara rawak (random) samada secara horizontal ataupun vertical. Di dalam ruangan Administrator Joomla (http://www.domainanda.com/administrator), anda boleh memilih Category artikel yang mana untuk dipaparkan di modul Newsflash ini.

Nombor 2

Modul untuk nombor 2 merupakan Top Menu dan positionnya adalah ‘user3′ jika menggunakan template Joomla secara default. Top Menu boleh di-ubah di Menus -> Menus Manager di dalam Administrator Joomla.
Kemudian anda boleh paparkan modul Top Menu yang anda baru sahaja buat.

Nombor 3

Modul ini dinamakan Breadcrumbs dan berada di position ‘breadcrumb’ di dalam Extensions -> Modul Manager. Breadcrumbs merupakan satu navigasi untuk memaparkan kedudukan semasa anda ketika berapa di page-page di dalam laman web Joomla anda. Paham ke maksud ayat aku tu? Haha..
OK, sebagai contoh: Katakanlah anda berada di page yang bertajuk ‘Mari Belajar Joomla’. Maka Breadcrumbs di web anda akan memaparkan Home -> Mari Belajar Joomla. Penggunaan Breadcrumbs adalah penting jika laman web tersebut mempunyai sub-sub menu yang banyak serta “dalam”. Sebagai contoh sub-menu yang “dalam”:
Home -> Tutorial -> Belajar Joomla 1.5 -> Install Joomla -> Menggunakan Fantastico
Home -> Tutorial -> Belajar Joomla 1.5 -> Install Joomla -> Menggunakan FTP
Home -> Tutorial -> Belajar Joomla 1.5 -> Install Joomla -> Dan sebagainya.........
Perhatikan sub-sub menu di-atas, aku pasti anda semua telah pun faham penggunaan Breadcrumbs. Ini untuk memudahkan pelawat laman web anda untuk ke menu sub-Home atau mana-mana menu yang lain.

Nombor 4

Modul ini dinamakan Search dan diletakkan position di ‘user4′ di dalam default template Joomla anda. Modul Search ini memberikan kemudahan kepada anda dan juga pelawat laman web Joomla anda sebagai engin-carian (search engine), hanya carian di dalam laman web anda sahaja.

Nombor 5

Bahagian ini dinamakan position ‘left’ untuk meletakkan sebarang modul. Bahagian ‘left’ ini akan memaparkan apa jua modul yang anda letakkan, secara menegak (vertical). Sebagai contoh, anda boleh meletakkan sebarang menu, forms, galleri gambar, statistik pelawat laman web dan sebagainya.

Nombor 6

Dinamakan Latest News dan modul ini diletakkan di-position ‘user1′ di dalam template default. Modul ini memaparkan artikel yang terbaru daripada Categories yang anda pilih. Sebagai contoh: Jika anda set-kan untuk memaparkan categories Tutorial, maka selepas anda Publish-kan artikel di dalam categories Tutorial, ianya akan dipaparkan di modul Latest News ini. Hanya tajuk artikel tersebut dipaparkan.

Nombor 7

Modul ini dinamakan Popular dan berada di-position ‘user2′ di dalam template Joomla anda. Hanya artikel yang banyak pelawat (views) akan disiarkan di modul ini. Ianya di-setkan secara automatik oleh sistem Joomla 1.5 ini. Atau anda juga boleh set-kan categories mana yang akan berada di Popular ini.

Nombor 8

Ini merupakan bahagian utama laman web Joomla anda. Modul ini akan memaparkan artikel yang paling baru anda buat dan jika anda set-kan artikel tersebut untuk berapa di Front Page, ianya akan berada di sini.
Segala artikel yang berada disini, anda boleh ubah suai modul ini dengan merujuk Content -> Front Page Manager.

Nombor 9

Modul ini dinamakan Polls dan berada di ‘right’ dalam position template Joomla anda. Segala setting untuk modul ini anda boleh ke menu Components -> Polls. Selepas anda buat Polls, anda boleh set-kan polls yang mana untuk di paparkan di laman web Joomla anda. Untuk edit Polls ini, anda boleh ke Extensions -> Module Manager dan edit modul yang bernama “Polls”. Sebagai contoh, untuk ubah nama Polls kepada “Survey Hari Ini”.
Anda juga boleh meletakkan pelbagai lagi modul di kedudukan ‘right’ ini mengikut keperluan anda. Contohnya, Ruang Pengiklanan untuk pelawat anda tempah iklan di laman web tersebut yang bersaiz 125×125.

Nombor 10

Segala modul yang berada di-position ini berada di kedudukan ‘footer’ di dalam template Joomla anda. Jika secara default, modul Banners dan Footer yang berada di bahagian ini. Anda boleh gunakan modul Footer untuk memaparkan link-link kegemaran anda, copyright notice dan juga gambar atau galeri. Semuanya mengikut kreativiti anda. Ianya adalah bebas. Hee..
Anda masih pening dengan tutorial aku diatas, jangan pening lagi. Kemukakan masalah pening anda itu di ruangan komen di bawah. Aku sudi membantu anda. Inilah antara kelebihan blog aku, kemukakan sebarang masalah anda di sini. Insyaallah aku akan selesaikan dengan secepat mungkin.

Belajar Menggunakan Joomla Layout dan Modul Template Joomla 4.5 5 dian Sunday T utorial Joomla 1.5 kali ini akan menerangkan tentang Joomla Layout . Apa itu Joomla Layout? Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang Joomla...


No comments:

Post a Comment

J-Theme