Install Joomla 1.5 Menggunakan Fantastico dan Secara Manual

 on Sunday  

Tutorial Joomla 1.5 kini dalam versi Bahasa Melayu dan bertulis. Nampaknya tak ramai sangat yang suka tutorial dalam bentuk video. Hee.. Tak sama sebenarnya pembaca blog di Malaysia dan luar negara. Blogger-blogger luar negara lebih gemarkan tutorial dalam bentuk video sebab diorang tak perlu membaca dan scroll ke bawah untuk baca tutorial. Tapi, lain pula dengan pembaca blog di Malaysia, mereka lebih sukakan tutorial bertulis dan bergambar. Mungkin disebabkan oleh Internet agak lembab sejak kebelakangan ini. Nak stream video slow. :D
Jadi, sekarang aku sediakan pula tutorial Joomla yang bertulis dan bergambar. Tapi tutorial Joomla video masih akan diteruskan sehingga selesai.
Dalam post ini, anda akan belajar bagaimana untuk install Joomla 1.5 menggunakan Fantastico dan secara manual.

Menggunakan Fantastico

Untuk install Joomla 1.5 menggunakan Fantastico, anda perlu login ke cPanel hosting anda terlebih dahulu dan klik ikon Fantastico De Luxe, berada di bahagian bawah dalam cPanel anda. Kemudian cari link Joomla 1.5 di sebelah kiri sidebar di dalam Fantastico De Luxe itu dan klik.
install-joomla-15-menggunakan-fantastico-1
Kemudian klik New Installation.
install-joomla-15-menggunakan-fantastico-2
Selepas klik New Installation, anda akan diberikan form untuk isi detail semua yang berkenaan dengan web Joomla baru itu. Anda perlu masukkan info-info seperti dibawah:
  • Install in directory - merujuk kepada address url dimana anda hendak install web Joomla anda. Jika anda mahukan web Joomla anda berada di domain asal (cth: www.balootisme.com), anda hanya perlu abaikan bahagian ini. Jika anda mahukan web Joomla anda di sub directory (cth: www.balootisme.com/blog), sila masukkan ‘blog‘ di ruangan Install in directory ini.
  • Admin access data – masukkan username dan password pilihan anda sendiri, untuk akses ke web Joomla anda nanti.
  • Admin email – masukkan alamat email anda
  • Admin full name – masukkan nama penuh anda
  • Site name – masukkan nama web anda, nama yang bersesuaian dengan tema web anda (cth: Malaysia Joomla Web Developer) anda boleh menukar Site name ini kemudian.
  • Install sample data? - jika anda mahukan sample data atau sample content dalam web Joomla anda, tandakan ruangan ini. Aku suggestkan supaya anda tanda ruangan Install sample data ini supaya senang untuk anda membuat rujukan tentang kedudukan content nanti. Sample ini termasuk menu, artikel dll.
install-joomla-15-menggunakan-fantastico-3
Setelah kesemua ruangan diatas telah pun diisi, klik Install Joomla 1.5. Setelah selesai install Joomla 1.5 ini, anda akan menerima detail untuk akses ke administrator laman web anda (cth: www.balootisme.com/administrator), sila Bookmark url ini untuk kegunaan anda nanti.

Secara Manual

Jika anda tidak mahu menggunakan Fantastico De Luxe untuk install Joomla 1.5, anda boleh gunakan cara manual. Anda hanya perlu mengikuti setiap step aku dibawah ini untuk install Joomla 1.5 secara manual.
Langkah 1:
Bina satu database MySQL dan add user baru kepada database tersebut. Cara ini begitu mudah, semuanya di dalam cPanel anda.

Create database MySql menggunakan cPanel

Langkah 1.1:
Anda perlu login ke dalam akaun hosting cPanel anda terlebih dahulu untuk create database. Klik MySQL Databases untuk akses ke database panel anda.
create-database-menggunakan-mysql-cpanel-1
Langkah 1.2:
Sila masukkan nama database anda di dalam ruangan New Database dan klik Create Database.
create-database-menggunakan-mysql-cpanel-2
Langkah 1.3:
Satu screen page akan keluar untuk mengesahkan anda telah pun create satu database baru, seperti dibawah:
create-database-menggunakan-mysql-cpanel-3
Langkah 1.4:
Anda boleh klik Go Back untuk kembali ke ruangan skrin untuk manage database tadi.
Setiap database yang di-create tadi akan menggunakan nama username (username cPanel), sebagai contoh: username_databasename dan ini merupakan nama database yang akan anda gunakan nanti untuk install Joomla 1.5.
Setelah selesai create nama database, anda perlu create user untuk database dan assign user ni kepada database tadi. Anda hanya perlu memasukkan username dan password untuk create MySQL user. Sila rujuk gambar dibawah:
create-database-menggunakan-mysql-cpanel-4
Selesai masukkan username dan password untuk MySQL User, klik Submit.
MySQL user juga akan menggunakan nama username cPanel anda (username_user).
Langkah 1.5:
Setelah database dan user database di-create, anda perlu masukkan privileges tertentu untuk user tersebut akses ke database. Untuk berbuat demikian, anda perlu memilih melalui drop-drop menus di Add User To Database dan klik butang Submit:
create-database-menggunakan-mysql-cpanel-5
Satu skrin akan keluar setelah anda tekan butang Submit tadi, dan anda perlu klik All Privileges dan klik Make Changes:
create-database-menggunakan-mysql-cpanel-6
Selesai create database.
Kesemua Langkah 1.1 hingga 1.5 di atas boleh dirumuskan dengan menggunakan MySQL Database Wizard. Klik icon tersebut, dan anda akan diajar langkah seterusnya untuk create database dan add user kepada database tersebut. Cara ini lebih cepat. Dan, hasilnya adalah sama dengan cara Langkah 1.1 hingga Langkah 1.5 tadi. Gambar icon MySQL Database Wizard:
create-database-menggunakan-mysql-cpanel-7
Langkah 2:
Setelah selesai create database menggunakan MySQL di dalam cPanel tadi, anda perlu upload kesemua file Joomla ke dalam webhosting anda. Sila download file Joomla yang terkini terlebih dahulu di Joomla.org.
Langkah 3:
Extract file download Joomla di dalam PC anda terlebih dahulu. Kemudian upload file tersebut menggunakan FTP. FTP kegemaran aku adalah FileZilla. Anda boleh download software FTP Filezilla secara percuma disini. Upload file Joomla kedalam public_html jika anda mahukan web Joomla anda di domain utama (www.balootisme.com), atau buat satu sub domain atau sub directory jika anda mahukan web Joomla anda berada di tempat tersebut (blog.balootisme.com atau www.balootisme.com/blog).
Langkah 4:
Selesai upload file Joomla, sila ke domain yang anda upload file tersebut, http://www.balootisme.com, dan skrin untuk install Joomla akan keluar di domain tersebut seperti dibawah:
install-joomla-15-secara-manual-1
Sila pilih Bahasa anda, aku sentiasa pilih English (United Kingdom).
Langkah 5:
Joomla akan cek sistem hosting anda, untuk tentukan samada webhosting anda sesuai untuk kegunaan web Joomla atau tidak. Jika webhosting anda gagal dalam sistem ini, kemungkinan web anda akan di-hack amatlah besar kerana tidak mempunyai sistem sekuriti yang kukuh. Jika anda mendapatkan webhosting daripada Exabytes, anda tidak akan mempunyai masalah untuk langkah ini.
install-joomla-15-secara-manual-2
Langkah 6:
Selepas itu, klik Next untuk ke langkah seterusnya setelah selesai cek ciri-ciri yang diperlukan oleh webhosting untuk install web Joomla 1.5 ini.  Klik Next lagi untuk terima dan bersetuju dengan lesen penggunaan web Joomla.
Langkah 7:
Untuk langkah ini, anda perlu memasukkan segala detail database, nama database, user database, dan password database yang telah anda buat tadi di Langkah 1.1 hingga Langkah 1.5. Contoh untuk isi ruangan database:
install-joomla-15-secara-manual-3
Langkah 8:
Seterusnya, anda perlu setup untuk File Transfer Protocol (FTP) untuk laman web Joomla 1.5 anda. Anda boleh skip step ini dan tekan Next. Langkah ini tidak begitu penting dan biarkan ianya di-set secara default sahaja.
Langkah 9:
Pada langkah ini anda perlu memasukkan segala detail tentang laman web Joomla 1.5 anda. Seperti email anda dan password dan juga Title web Joomla anda. Di sini juga anda boleh Install Sample Data jika anda mahu. Penerangan tentang Install Sample Data ada diterangkan di bahagian atas post ini (bahagian Fantastico). Setelah selesai, klik butang Next.
install-joomla-15-secara-manual-4
Langkah 10:
Anda telah pun berjaya install laman web Joomla 1.5 secara manual. Kini, apa yang perlu lakukan adalah, delete folder file Installation. Folder ini terletak di dalam FTP anda (dalam public_html). Setelah selesai delete folder Installation, anda boleh menggunakan laman web Joomla anda sekarang. Login admin ke http://www.balootisme.com/administrator (cth).
DONE!

Install Joomla 1.5 Menggunakan Fantastico dan Secara Manual 4.5 5 dian Sunday T utorial Joomla 1.5 kini dalam versi Bahasa Melayu dan bertulis. Nampaknya tak ramai sangat yang suka tutorial dalam bentuk video. Hee.. Ta...


No comments:

Post a Comment

J-Theme