First of all, Ariff Shah mencadangkan supaya semua blogger tegar Malaysia perlu ada akaun Twitter. Macam-macam yang boleh dicapai melalui Twitter. Aku dapat trafik setiap kali aku update blog dan post kat Twitter. Xde geng? Add @ariffshah sebagai permulaan.
Twitter Client
Macam-macam Twitter client ada. Yang biasa orang guna Destroy Twitter, Tweetdeck, dan Twhirl. Ariff Shah guna Twhirl sebab ianya simple dan compact. Biasanya Twitter client ni akan sentiasa dibuka sepanjang hari.
Follow Mem-Follow
Satu benda pasal Twitter nih nak dpat follower kadang-kadang sangat leceh. Yelahkan, siapa la kita ni orang nak follow-follow pula. Itulah sebabnya digalakkan kita berinteraksi dengan siapa-siapa yang kita baru follow. Buat kawan. Kemungkinan besar, orang yang kita follow tu akan follow kita balik. Ada orang guna laman web seperti ini untuk dapatkan banyak follower, jangan buat macam tu. Sangat annoying sebab kadang-kadang website seperti itu akan gunakan akaun Twitter anda untuk promosi tiap-tiap hari. Lama-lama followers anda akan jadi fed up dan menyampah iklan-iklan tersebut.
Sekarang ni aku tengah test Viral Followers, Denaihati pun guna benda sama, mungkin tu salah satu sebabnya followers dia beribu-ribu lemon.
Buat Duit Dengan Twitter
Ini pun kadang-kadang annoying juga kalau tak dibuat dengan betul. Aplikasi yang boleh digunakan adalah seperti Ad.ly, SponsoredTweets dan Churp Churp (Malaysia). Untuk Adl.ly dan SponsoredTweets, boleh tetapkan berapa harga per Tweet dalam USD. Advertiser akan kasi offer dan nanti kita Tweetla.Churp Churp, aku tak tau. Nak cashout pun kena tunggu sampai RM100. Nuffnang pun xde kejam sangat sampai macam tu. Nampak sangat Churp Churp ni company baru.
Unfollow
Kadang-kadang orang akan unfollow kita, mungkin sebab mereka tak suka apa yang kita Tweet atau banyak sangat ad yang tak bermakna dalam Tweet kita. Satu cara nak tahu siapa unfollow kita kat Twitter, guna Qwitter. Just tinggalkan username Twitter dan email kat Qwitter dan Qwitter akan email kita bila ada follower yang unfollow dan list kan last Tweet kita masa follower tu unfollow.
Penting gak untuk kita tahu kenapa orang tak suka kita ni kan..
Kadang-kadang kita follow orang tu sebab kita anggap orang tu sebagai kawan la. Jadi, berkemungkinan besar dia akan follow kita balik nanti. Jadi kalau nak tau orang tu follow kita balik (selain check secara manual) boleh guna Twitter Friend or Follow. Just letakkan nama Twitter korang dan site tu akan check siapa yang tak follow anda balik dan siapa yang anda belum follow.
Sangat-sangat berguna. Dari sini kita tahu la hati budi orang tu, mungkin ada yang merasa hebat macam artis atau superstar tak follow balik. Friend or Follow ni pun bagus untuk keep track supaya kita boleh follow siapa-siapa yang dah follow kita.
Tool ini fungsinya semacam direktori untuk pengguna Twitter berdasarkan minat, lokasi dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan diri kita (perlu ditetapkan semasa mendaftar). Dari situ kita boleh tengok siapa yang berkongsi minat yang sama dan boleh la follow kalau minat.
Tak payah cerita banyak, RM1 seminggu, unlimited sms to Twitter. Pergi baca post Celcom XPAX Twitter aku untuk tahu yang selanjutnya.
No comments:
Post a Comment