Ingin gua kemukakan tips SEO untuk blog baru pada kali ini sebagaimana gua telah berjanji kepada beberapa kawan blogger pada suatu ketika dahulu.. (>.^) SEO = Search Engine Optimization. Bagi mereka yang tidak kenal SEO : Orang mencari sesuatu keyword di enjin carian dan keyword itu ada pada sebuah laman / blog, maka akan muncul di keputusan enjin carian. SEO penting untuk blog kerana SEO membolehkan sesebuah blog membeli tempat iklan secara percuma. Tempat pengiklanan yang percuma tersebut malahan merupakan enjin carian yang berpotensi besar untuk mendedahkan sebuah blog kepada orang ramai. Contoh : (Gua di rank ke # 2 dalam negara, berada di rank # 6 international.. Ini antara keyword yang telah menarik lebih 2000+ pengunjung ke blog gua setakat ini ^^) Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia untuk mendapatkan rank yang bagus dalam enjin carian. Namun bagi blog yang baru sahaja menceburi bidang SEO, keinginan kamu untuk meletakkan post kamu di Top enjin carian harus reda pada mulanya.. Mana hendak bermulakan SEO untuk blog ? 1. Daftar blog dengan enjin carian terutamanya google 2. Secara umumnya, post yang bakal kamu lakukan hendaklah mesra SEO. Tajuk merupakan elemen yang paling sensitif dan terpenting. (sudah semestinya kamu tak lah sampai setiap post yang akan datang perlu mementingkan SEO, jangan sampai tajuk2 entri menjadi bosan dan seperti robot.) Contoh tajuk post yang bagus : Membuat blog wordpress (Tiap-tiap perkataan tajuk mempunyai volume yang tinggi) Contoh tajuk post yang x bagus : Ketahuilah bagaimanakah cara termudah untuk membina blog (Kualiti keyword yang rendah, terlalu panjang dan tidak mengenal tempat) xD 3. Secara umumnya, mengenal pasti keyword yang akan ada orang gunakan. Contoh keyword yang panas : Video kilp skandal Chua xxx xxx Contoh keyword monyet : Aku ada video klip panas Datuk Chua xx xx 4. Mengelakkan keyword yang mempunyai pesaingan yang hebat. Contoh keyword yang perlu newbie elakkan ialah Malaysia, orang, blogger, cantik, Najib, sport toto dan banyak lagi.. 5. 'Meng-optimis-kan' title blogger.com yang pada mulanya tidak mesra SEO. <- - x mesra SEO <- - mesra SEO (^@^) ! iaitu nama blog berada di belakang sekali gus membolehkan tajuk entri di hadapan. Caranya pergi ke Dashboard > Layout > Edit HTML > Cari kode : <title><data:blog.pageTitle/></title> Kemudian menggantikannya dengan kode di bawah : <b:if cond='data:blog.pageType == "index"'> Akhir sekali sudah pastinya kena tekan Save.
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>
Segalanyer disini....
No comments:
Post a Comment