Mengawal pc orang lain dengan Teamviewer

 on Tuesday  



TeamViewer “Alamak, PC aku masalah lagi!”, kata Chot. Kan bagus kalau waktu macam ni boleh minta Si Amir tu untuk repair PC kan? Tapi malangnya Amir duduk 10 batu jauhnya dari sini, dan mustahil kalau nak panggil dia datang sekarang.
Tak jadi masalah sebenarnya untuk Amir membantu Chot, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. Amir boleh akses dan kawal PC Chot secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Chot, dan PC Amir akan digunakan untuk mengawalnya:

  1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
  2. Chot akan diberi nombor lapan digit berserta password.
    TeamViewer
  3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amir dan klik pada butang “Connect to partner” 
    TeamViewer
  4. Kini Amir dah boleh lihat dan kawal PC Chot. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.
Antara keistimewaan lain pada software ini adalah korang boleh gunakannya untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi. Kalau tak install software ni pun takpe, ia boleh terus digunakan. Ingat, pakai TeamViewer ni untuk tolong tengokkan komputer kawan, bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer orang lain oke ^^
Dapatkan TeamViewer di sini.

Mengawal pc orang lain dengan Teamviewer 4.5 5 dian Tuesday “Alamak, PC aku masalah lagi!”, kata Chot. Kan bagus kalau waktu macam ni boleh minta Si Amir tu untuk repair PC kan? Tapi malangnya A...


No comments:

Post a Comment

J-Theme