Cara-cara Buat Pendrive Untuk Setup Windows XP/Vista/7/etc

 on Wednesday  

Macam mana nak buat pendrive setup Windows tu??

Tak susah. Memang mudah macam makan kacang hehehehe.. tapi  kenapa nak setup guna pendrive?

Ooooh... netbook tak ada CD/DVD drive yer. Memanglah. Kalau nak setup Windows kena ada CD drive. Kalau nak setup Windows 7 pulak kena ada DVD drive pasal Windows 7 ni file dia besar, dekat-dekat 4 GB.

Walaupun apa yang aku nak tunjukkan ni sebenarnya adalah cara buat pendrive setup Windows, tapi kena ada juga PC atau komputer lain yang mempunyai CD/DVD drive untuk memindahkan fail-fail dari CD/DVD Windows original tu untuk dipindahkan ke dalam pen drive.



Pilihan kedua, pinjam komputer kawan yang ada CD/DVD drive.

Pilihan ketiga, kalau dah tak ada juga komputer yang ada CD/DVD, ialah download image file Windows (ISO) dari internet (pandai-pandailah nak download dari mana..)
Netbook tak ada CD/DVD drive

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Win2Flash - software ni free. Boleh download dari website dia. Ada banyak software yang boleh guna. Tapi aku pilih Win2Flash ni pasal dia free. Satu lagi software yang aku suka guna ialah FlashBoot. Flashboot ni memang bagus sebab semua jenis CD yang boleh boot-up, dia boleh transfer masuk pendrive. Sebab tu dia tak free.

2. Source - CD/DVD Windows atau image file .iso windows

Cara-cara memasak:
1. Mula-mula kena masukkan source CD/DVD dalam cd drive. Kalau guna ISO file, mount dulu fail tu dalam virtual cd drive. (Nak mount boleh guna MagicDisk. MagicDisk ni free. Guna dia untuk buat virtual cd drive untuk mount image file.)
2. Run Win2Flash, guna wizard sahaja untuk cara mudah. Eh, tak reti pulak aku nak mengarang benda yang simple-simple ni. Tengok ajer gambar bawah, cara-cara dia dari mula sampai siap.
1.Bila run jer Win2Flash, terus keluar ini.

2. next

3. Pilih source dan destination. Aku punya CD/DVD Drive kat G.
Pendrive aku plak kat drive J.

4. Kena aggree dulu.

5. Warning. Bila klik OK, dia akan format pendrive.
Pastikan pendrive tu tak ada data-data penting.

6. Kenu tunggu. Jenuh gak. Kalau Windows XP, dalam 15 minit siaplah.
Kalau Windows 7 aku tak pasti pulak.. 30 minit kot.

7. Dah siaplah ni.

8. Pesanan terakhir.
Bila dah siap pendrive ni, untuk boot guna pendrive. Kena tekan F12 masa tengah start komputer tu untuk pilih boot guna apa. Pilihla boot guna USB/Flash. Kalau tak boleh guna F12, kena set kat dalam BIOS terlebih dahulu.

Bila dah boleh boot-up guna pendrive, ikut sahaja cara-cara yang sama seperti setup Windows guna CD.

Settle.

Baru-baru ni aku terjumpa seorang orang menjual USB/Pen drive yang berisi Windows setup file. Boleh tahan pandai gak dia buat duit yer. Aku yang dah lama tahu buat benda ni, tak terfikir langsung untuk jual pendrive. Sebab tu orang cakap, tak semua orang dilahirkan untuk berniaga. Orang berniaga ni fikiran dia memang lain, kena kreatif.. Ada saja cara untuk buat duit. Orang lain tak terfikir langsung idea tu, tapi dia boleh pulak buat.

Tapi yang slacknya, dia edarkan Windows illegal(pirate). Dia buat alasan, dia cuma jual pendrive, bukan jual Windows. Betul memang betul, dia cuma mark up sikit jer dari pada harga asal pendrive tu. Tapi mengedarkan Windows pirate kan ke illegal... betul tak? Sepatutnya, dia juallah sekali dengan Original Windows. Buat satu pakage Original Windows berserta pendrive berisi Windows setup. Barulah betul. Tapi harga.... kekeke sendiri mahu ingatlah...
From::mancisdahbasah.blogspot.com

Cara-cara Buat Pendrive Untuk Setup Windows XP/Vista/7/etc 4.5 5 Anonymous Wednesday Macam mana nak buat pendrive setup Windows tu?? Tak susah. Memang mudah macam makan kacang hehehehe.. tapi  kenapa nak setup guna pendr...


3 comments:

  1. Tq sebab bagi tunjuk ajar yg amat bguna bagi saya. terima kasih sanggat.

    ReplyDelete
  2. mana nak beli windows yg memang asli ye dan berapa harga bagi windows ultimate ? harap ada reply .......

    ReplyDelete

J-Theme