Setup atau install Microsoft Windows 7 dalam komputer adalah sangat mudah berbanding setup atau install Windows versi-versi lama seperti Windows XP, Windows Me, 98 atau 95. Masa yang ambil untuk siap proses installation pun tak lama, lebih kurang 30 minit. Kalau nak dibandingkan dengan setup Windows XP yang mengambil masa lebih kurang satu jam. Itu pun kalau komputer tu specs dia bagus.
Kat sini aku nak berkongsi mengenai cara-cara setup Windows 7. Kali ni aku nak tunjuk macam mana setup Windows 7 menggunakan CD-ROM. Lain kali aku tunjuk pulak macam mana kalau nak setup masuk dalam netbook yang tak ada CD-ROM drive, iaitu dengan menggunakan pen drive.
Langkah 1: Persediaan
Kena buat persediaan sebelum mulakan kerja-kerja install Windows 7.
Perkakas/benda yang diperlukan:
1. CD-ROM Windows 7
2. Driver-driver hardware komputer seperti display driver, sound driver, network driver etc.
Langkah 2: Boot melalui CD-ROM Windows 7
Switch on komputer dan masukkan CD Windows 7 dalam disc drive. Bila dah tutup cd drive tu, switch-off komputer semula. Lepas tu, switch-on komputer. (proses ini untuk memastikan komputer tu dapat detect cd-rom dalam drive semasa boot.)
Komputer-komputer sekarang ni kebiasaannya memang dah di set di dalam BIOS untuk enable boot melalui CD drive. Jadi semasa start komputer tu, bila ada instruction macam ni kat screen: press any key to boot from CD/DVD... cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.
Note: Cara lain untuk boot melalui CD
Ada sebahagian jenis komputer memerlukan kita tekan key F12 atau F10 atau F9 untuk kita pilih untuk boot melalui media apa. Biasanya info untuk tekan key apa, ada di paparkan beberapa saat semasa komputer mula di hidupkan. Kalau pada komputer netbook HP 1Malaysia, kita kena tekan F9 untuk pilih media lain contohnya USB pen drive.
Lepas tu komputer akan boot melalui cd-rom Windows setup tersebut.
Langkah 3: Setup Windows 7
Sebaik sahaja berjaya boot melalui CD-ROM, kira dah senang. Cuma perlu ikut arahan pada screen.
Default setting dah macam ni, tekan sahaj butang Next |
Tekan butang Install now untuk memulakan install Windows |
Tunggu beberapa saat. |
Pilih Architecture |
Setuju dengan lesen, dan tekan Next |
Pilih Custom (advanced) |
Pilih kat hard disk mana kita nak install Windows 7 |
Kalau nak ubah apa-apa pada hard disk, tekan button Drive options. Kalau tak nak ubah, boleh tekan Next terus. |
Dalam Drive options(advanced) |
Windows 7 sedang diinstall |
Isilah nama ikut MyKad *hehehe... lepas tu tekan Next |
taip password. Ni optional. Kalau tak nak password, terus sahaja tekan button Next. (Aku malas nak letak password) |
Isi product key ('kalau ada') dan tekan Next. Kalau guna pirate, takyahlah activate dulu. |
Aku selalu pilih yang tengah-tengah. |
Betulkan time zone. |
Pilihan ni kalau komputer anda sedang connected pada network. Kalau tak nak fikir banyak, pilih sahaja Public Network. (Benda ni boleh juga diubah kemudian) |
Selepas windows retart sekali, dia pun finalizing. |
Okay, dah siap pun Windows 7 yang fresh baru dan suci murni. |
Langkah 4: Install device driver
Buka device manager, dan cek device mana yang tak ada driver. Gunakan cd-cd atau driver yang kita dapat masa kita beli hardware atau laptop untuk install driver-driver tersebut.
Untuk buka Device Manager, pergi kat Start Menu > Computer dan klik kanan mouse > klik Properties |
Lepas tu klik pada Device Manager |
Inilah device manager |
Kesimpulan
Install Windows 7 ni adalah satu kerja yang amat mudah. Boleh buat sendiri kat rumah tanpa patut ada rasa was-was dan dapat juga save RM. Kalau pergi ke kedai dah tentu kena charga RM30-50. Charge tu bukanlah pasal kerja susah tapi pasal ilmu, keyakinan dan kerajinan.
No comments:
Post a Comment