Bapa tunggu anak di sekolah cedera parah ditembak lelaki

 on Tuesday  

PETALING JAYA: Seorang bapa, yang sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah, cedera di rusuk kirinya akibat ditembak beberapa lelaki di luar premis Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle, Jalan Templer di Taman Gasing di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, lelaki berusia 36 tahun yang menunggu anaknya dalam kereta Proton Wira Aeroback, telah dihampiri beberapa lelaki bermotosikal yang kemudian melepaskan enam das tembakan ke arah lelaki itu.

"Dua daripada tembakan itu mengenai mangsa dan selebihnya mengenai kenderaannya. Mangsa yang dalam keadaan cedera kemudian melarikan diri dengan keretanya sejauh enam kilometer sebelum melanggar tiang lampu dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan dan dia kini dalam keadaan stabil.


Arjunaidi berkata mangsa kini terlibat dalam satu kes perbicaraan kes samun di mahkamah di sini.


Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh dan polis kini dalam usaha mendapatkan keterangan saksi di tempat kejadian.


Sementara, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Albert, 38, berkata beliau ternampak kereta mangsa melanggar sebuah tiang lampu di kawasan perumahan.

"Kemudian, kereta mangsa melanggar pula sebuah Pajero yang di parkir di hadapan sebuah rumah. Saya menghentikan kereta saya untuk membantu mangsa, yang tidak sedarkan diri dan cedera di rusuk kirinya.

"Saya kemudian membawa mangsa ke PPUM kerana kecederaannya agak serius," katanya. -- BERNAMA

Bapa tunggu anak di sekolah cedera parah ditembak lelaki 4.5 5 Anonymous Tuesday PETALING JAYA: Seorang bapa, yang sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah, cedera di rusuk kirinya akibat ditembak beberapa lelaki di lu...


No comments:

Post a Comment

J-Theme