Tips Untuk Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search

 on Tuesday  

Dah lama tak kasi tips, kali ni aku nak kongsi lagi satu tips yang memang bagus untuk blogger tegar semua. Sebagai pendahuluan, biar aku terangkan dulu apa kelebihan kita ranking pada page pertama Google search.

Mungkin selama ni yang korang semua tahu, blogwalking adalah sumber trafik yang paling bagus. Blogwalking memang menjamin trafik, tapi dunia internet tak berfungsi macam tu. Internet ni tempat orang cari maklumat, oleh itu adalah sangat penting untuk kita dapat rank pada page pertama untuk apa-apa keyword yang berkaitan dengan blog kita. Bila dah dapat ranking page pertama Google Search atau Yahoo Search, trafik memang akan masuk tiap-tiap hari (bergantung kepada trend keyword). Sebagai contoh blog.ariff dapat trafik yang tetap tiap-tiap hari dengan keyword red tube Malaysia Yahoo Search [Tengok Sini]. Baguslah tu kan, daripada orang tu nak layan Red Tube, dapat la jugak ilmu yang tak seberapa bila masuk blog.ariff ni.

Itulah sebabnya sesetengah blogger tegar (aku gunakan istilah blogger tegar selain problogger sebab problogger adalah dalam bahasa Inggeris dan blogger tegar pula bahasa Malaysia) tak perlu update blog tiap-tiap hari tapi still dapat trafik dan siap dapat buffered ads banyak-banyak lagi. Itu yang kita mahu.

So teknik ni mudah je sebenarnya. Persaingan sengit dalam dunia internet ni. Nak bersaing dengan blogger lain, nak bersaing dengan blog yang ada Google PR yang lagi tinggi. Memang susah. Jadi nak senang kita cari level yang sesuai untuk kita, cari tempat yang kurang persaingan. Guna keyword yang kurang persaingan!

Macam mana nak tau keyword mana yang kurang persaingan dia? Ha.. ni mahal sikit. Tapi sebab aku sayang korang semua, aku kongsi. Korang mesti sayang aku balik :D

Cari  info pasal BunkfaceKononnya korang nak dapat ranking pertama untuk kata carian 'bunkface'. Ha, tengok sendiri macam mana punya banyak persaingan (hasil carian adalah persaingan korang). 'Bunkface prom queen' tu rendah je, tapi korang tak nak la tulis pasal lagu Prom Queen Bunkface je kan?

Jadi kita ubah sikit. Kita tahu yang Bunkface ni ada empat orang, mungkin kita boleh try keyword 'ahli kumpulan Bunkface'

Ahli Kumpulan BunkfaceKalau around 30 ribu macam tu ok lagi lah. Maksudnya persaingan tu tak banyak kalau nak dibandingkan dengan keyword Bunkface aje (493 ribu). Jadi kita tulislah apa yang kita nak tulis tadi. [Baca Bunkface, Wa Caya Sama Lu] Baca betul-betul, tengok macam mana aku buat. Aku ni takdelah pro pun, tapi tengoklah keputusan dia..

Result untuk keyword 'ahli kumpulan bunkface'

Kan first page tu, betul tak? Tak puas hati boleh check search result tu sendiri [Klik sini]

Bukan nak cakap aku hebat atau apa, cuma kita kena pandai bersaing pada tahap di mana kita mampu bersaing. Pilih persaingan kita, dan Insya Allah kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi (bukan dalam dunia blogging je, ni nasihat untuk dunia nyata jugak).

Jadi selamat berjaya aku ucapkan. Kalau korang rasa tips ni berguna dan dapat membantu korang, harap dapat luangkan masa sikit tinggalkan komen ke, retweet ke, submit kat digg ke, apa-apalah yang boleh membantu pula. Sangat dialu-alukan =)

Tips Untuk Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search 4.5 5 dian Tuesday Dah lama tak kasi tips, kali ni aku nak kongsi lagi satu tips yang memang bagus untuk blogger tegar semua. Sebagai pendahuluan, biar aku ter...


No comments:

Post a Comment

J-Theme