Selesaikan Masalah Streamyx Anda Disini!!

 on Tuesday  

Macam mana surfing internet hari ni? okay tak? laju tak internet? Ada yang pakai streamyx tak? Kali ni kid nak share ape kerja kid hari-hari iaitu membantu customer untuk buat troubleshooting via phone.
*troubleshoot dibuat menggunakan window 7.

Okay, pertama sekali, kalau ada masalah connection internet streamyx, korang kena check, line / cable / socket dulu. (wall socket > splitter > satu ke phoneline > satu ke modem>pc)

Lepas tu, dengar phone ada tone tak? atau ada interfierence / noisy sound ke.. betulkan cable dan socket. Then, tengok lampu DSL / LINK dekat modem. Modem korang jenis Riger DB102 ke.. DB108, innocom 3100, 3400, ADSL 2640B, Billion BIPAC 5112S atau modem korang beli sendiri. Sambungkan kabel LAN dari modem ke PC anda.
Lampu Link / DSL / ADSL mestilah menyala STABIL.
Kalau lampu DSL anda OFF atau blinking, cuba buat direct connection. Tak payah pakai splitter, cable belakang modem tu direct sambung ke wall socket.
Cuba OFF kan modem dan ON balik selepas 15 saat. kalau DSL/LINK anda stable, cuba configure balik modem kalau anda guna Modem TM riger DB108, ADSL 2640B, Innocom W3100 atau 3400V. 
Masuk ke http://192.168.1.1 dan masukkan username: tmuser dan password: tmuser. Setting berlainan mengikut modem. PPPoe Personal dan Organization boleh aje configure modem ni. nanti aku wat entry khas untuk configure modem TM.
===============================================
Lepas tu, pegi dekat START > CONTROL PANEL > NETWORK AND INTERNET > NETWORK AND SHARING CENTER

 Dekat NETWORK AND SHARING CENTER, klik LOCAL AREA CONNECTION.
Lepas tu, klik PROPERTIES.
(window xp = start > connect to > Local Area connection > klik kanan > properties)
Then, pastikan INTERNET PROTOCOL VERSION 4 (TCP/IPv4) ditanda dalam kotak dan klik PROPERTIES.


Pilih “obtain an IP address automatically” dan “use the following DNS server addresses“. Isikan di Preffered DNS server 202.188.0.133 dan Alternate DNS server 202.188.1.5  Klik OK!

Tutup semua window tadi termasuk control panel. Buka command prompt. Start > Run > taip CMD .
Atau start > all programs > accecories > command prompt.
Taip “ipconfig” (dalam huruf kecil)

lepas tu, tekan ENTER
Cari IP Address, subnet mask dan default gateway. Pastikan ada DEFAULT GATEWAY, bermakna pc/laptop anda ada bersambung dengan modem.
Okay, cuba OFF kan modem, lepas tu ON kan balik selepas 15 saat. Try buat connection, jika tidak boleh lagi, kena laa call 100 untuk suruh reset port. Kalau still tak boleh jugak, kena buat report dan technician TM akan datang untuk memperbaikinya.


Orait, panjang lebar pulak aku taip. Maklumlah troubleshooting ni basic untuk pengguna streamyx. Khas untuk korang.. Selamat mencuba!!!

Selesaikan Masalah Streamyx Anda Disini!! 4.5 5 Anonymous Tuesday Macam mana surfing internet hari ni? okay tak? laju tak internet? Ada yang pakai streamyx tak? Kali ni kid nak share ape kerja kid hari-har...


1 comment:

  1. Hi.. nak tanye kalau streamyx x stabil mc mane sy nak cek... sejak akhir2 nie sy download apa2 file jd corrupt la...

    ReplyDelete

J-Theme