Apa itu CSS?

 on Tuesday  

CSS ialah teks ASCII yang mengandungi arahan-arahan untuk memformat dokumen web. Ia memudahkan anda untuk membuat reka letak dan persembahan web seperti penggunaan fon, saiz fon, warna latar dan lain-lain.

Cara mudah untuk menerangkan CSS ialah dengan memberikan contoh berikut. Lihatkan kod di bawah ini sebagai contoh, ia dimasukkan di bahagian HEAD halaman web anda kerana setiap pelayar web anda akan memahami style sheets.


KOD
<style type="text/css">
<!--
BODY {
background-color: white ;
color: black ;
font-family: Arial, Helvetica, sans-serif ;
}
-->
</style>


Kod di atas akan menyebabkan halaman anda mempunyai latar belakang putih dan teks berwarna hitam. Teks pada BODY akan menggunakan sama ada typeface Arial, Helvetica, ataupun jika tidak terdapat kedua-duanya, ia akan menggunakan typeface Sans-Serif.

Kelebihan CSS
Mengapa tidak terus menggunakan sahaja HTML untuk memformat dokumen?

Sebenarnya salah satu alasan mengapa perlunya pengetahuan tentang Cascading Style Sheets ialah ia membolehkan anda memformat elemen dengan mudah dan cepat.

Saya beri satu contoh berikut:

KOD
<H1></H>


Tag H1 diatas digunakan untuk teks header. Apabila anda menutup teks di dalam tag ini, teks tersebut akan dinampakkan sebagai header. Bagaimanapun, ramai orang baru (newbie) dalam HTML yang kadang kala terkeliru dan sering meletakkan header di dalam tag FONT seperti berikut:

KOD
<FONT><H1>Teks</H></FONT>


Hasilnya, dokumen anda akan menjadi semak dengan kod berformat, malah jika anda ingin menyeragamkan semua header-header, terpaksalah anda mengubah semua header-header pada keseluruhan dokumen.

Dengan CSS, jika anda inginkan header H1 untuk menggunakan typeface Sans-Serif bersaiz 24-point, secara yang mudah letakkan baris berikut diantara tag CSS anda:

KOD
H1 {
font-face: san-serif ;
font-size: 24pt ;
}


Kerana setiap kali anda menggunakan H1, ia akan terus memformat kepada fon Sans-Serif bersaiz 24.

Apa itu CSS? 4.5 5 dian Tuesday CSS ialah teks ASCII yang mengandungi arahan-arahan untuk memformat dokumen web. Ia memudahkan anda untuk membuat reka letak dan persembah...


No comments:

Post a Comment

J-Theme